Adakah Kes Kemalangan Anda Layak Mendapat Pampasan ?

Jika anda cedera dalam kemalangan, anda wajib memfailkan tuntutan untuk menerima pampasan dari pihak yang melanggar anda. Walaubagaimanapun, jika sebelum ini anda tidak pernah memfailkan tuntutan, anda pasti berhadapan kesukaran. Jikapun sebelum ini anda pernah mempunyai pengalaman memfailkan tuntutan pampasan, anda pasti tidak mahu proses tuntutan anda sebagai eksperimen yang mana betul atau salah.

Untuk membantu anda memahami proses tuntutan, di sini kami sediakan kepada anda langkah atau cara untuk menuntut insurans pampasan kemalangan jalanraya.

Cara Untuk Menuntut Insurans Pampasan Kemalangan Jalanraya.

 

 

Langkah 1 : Dapatkan Rawatan Di Hospital

Perkara paling utama selepas anda terlibat dalam kemalangan adalah mendapatkan rawatan di hospital. Sesetengah mangsa kemalangan merasakan tidak perlu mendapatkan rawatan kerana tiada kecederaan serius. Walaupun begitu, terdapat beberapa kes mangsa kemalangan yang kelihatan normal akhirnya memperolehi kesan jangka masa panjang yang agak serius selepas beberapa bulan.

Lebih-lebih lagi, mengabaikan rawatan kecederaan anda akan sangat merugikan pampasan yang sepatutnya anda dapat. Hal ini kerana syarikat insuran pihak lawan akan menggunakan alasan bahawa kecederaan adalah ringan dan tidaklah serius kerana anda sendiri tidak mendapatkan rawatan oleh doktor.

Langkah 2 : Hubungi Peguam Kemalangan Yang Berpengalaman

Jika anda terlibat dalam kemalangan yang teruk atau kecederaan anda agak serius hingga memaksa anda mendapat rawatan berterusan, anda amat memerlukan khidmat peguam kemalangan. Peguam kemalangan yang berpengalaman mempunyai kepakaran untuk meneliti setiap nilai kos rawatan anda jalani bagi memaksimumkan pampasan anda.

Banyak batas dan cabaran jika anda memilih untuk menuntut pampasan tanpa menggunakan khidmat peguam. Ini termasuklah batas masa yang terhad anda ada, pengetahuan cara memperolehi dokumen penting, hinggalah cabaran untuk berurusan dengan insurans atau berhujah di mahkamah. Tidak kira betapa kecilnya kes anda, anda pasti berhadapan kesukaran yang tidak pernah anda fikirkan tanpa peguam berpengalaman membantu anda.

Langkah 3 : Memfailkan Tuntutan

Langkah seterusnya untuk memfailkan tuntutan kemalangan adalah dengan memberitahu individu yang melanggar anda dan syarikat insuransnya bahawa anda merancang untuk mendapatkan pampasan. Ini kadang-kadang akan mempercepatkan lagi proses tuntutan anda.

 

 

Langkah 4 : Mengumpulkan Bukti dan Meneruskan Rawatan Anda

Seterusnya, anda harus berterusan mendapatkan rawatan anda seperti mana dirancang doctor dalam masa yang sama mengumpulkan segala bukti yang ada. Dengan kata lain, waktu ini adalah waktu genting untuk anda mendapatkan segala rekod rawatan, berkomunikasi dengan doctor untuk mengetahui kadar serius kecederaan anda, mengumpul resit kos rawatan atau mendapat anggaran kos rawatan anda dan kerosakan kereta, merekodkan kerugian pendapatan dan selainnya.

Langkah 5 : Berunding Dengan Pihak Insurans

Peguam anda akan bertindak untuk mengutarakan nilai pampasan yang anda layak kepada pihak insurans yang melanggar anda samaada sebelum atau selepas bicara mahkamah.

Berunding untuk pampasan kemalangan samalah seperti berunding dengan penjual kereta “second hand”. Setiap pihak mempunyai hujah masing-masing tentang nilai dan harga. Anda (pihak yang menuntut) bersedia dengan nilai pampasan yang anda layak, manakalah syarikat insurans ( pihak yang kena tuntut) bersedia dengan nilai maksimum yang sanggup mereka bayar. Namun, dua-dua belah pihak tidak akan mengetahui perspektif pihak lawan. Maka untuk mendapatkan satu nilai persetujuan yang disepakati dua-dua belah pihak, akan ada proses tarik tali dengan tawar menawar yang akhirnya diputuskan. Sekiranya masih tidak dapat diputuskan, kes akhirnya akan dibiccarakan di depan hakim supaya hakim sendiri yang memutuskan nilai akhir pampasan.

Langkah 6 : Nilai Pampasan Dipersetujui atau Perbicaraan Ditetapkan

Jika perundingan telah mendapat kata sepakat dan anda gembira dengan nilai yang ditawarkan pihak insurans, peguam anda akan menerima tawaran tersebut. Namun jika nilai yang ditawarkan oleh pihak Insurans tidak memuaskan hati anda, anda boleh meminta peguam anda untuk meneruskan pembicaraan di mahkamah.

Perlu diingatkan, terdapat tempoh waktu tertentu untuk anda mendapatkan tuntutan pampasan dari pihak insurans. Jika anda tidak menyelesaikannya dalam tempoh tersebut, anda kemungkinan akan terlepas peluang selamanya untuk mendapat pampasan atas kerugian anda. Kepantasan dan skil profesional cukup penting. Serahkah kepada peguam kemalangan yang berpengalaman untuk menguruskan kes rumit anda.

Langkah 7 : Perbicaraan Di Mahkamah

Majoriti kes tuntuan pampasan kemalangan dapat diselesaikan di luar mahkamah. Walaubagaimanapun, jika tawaran yang diberikan pihak insurans tidak masuk akal dengan apa selayaknya anda dapat, maka perbicaraan di mahkamah adalah perlu. Memahami proses perbicaraan dan prosedur di dalam mahkamah akan membantu anda membuat keputusan yang sewajarnya selain meningkatkan kejayaan anda untuk memenangi kes.

WhatsApp Peguam Penasihat Kami Untuk Bertanyakan Tentang Kes Anda

Cari Peguam Sekitar

Cari Peguam Di Malaysia