Adakah Kes Kemalangan Anda Layak Mendapat Pampasan ?

7 Persoalan Yang Selalu Ditanya Tentang Tuntutan Pampasan Insurans Kemalangan

Sememangnya pelbagai persoalan akan muncul di benak fikiran oleh mangsa dan keluarga yang terlibat dalam kemalangan. Ini kerana kebanyakan orang tidak pernah mengetahui proses cara menuntut insurans kemalangan melainkan setelah mereka betul-betul terlibat dalam kemalangan. Malangnya, banyak silap faham dan fakta-fakta kurang tepat yang dihadam mereka.

Silap faham ini boleh menyebabkan mangsa kemalangan membuat keputusan yang salah lalu mengikis peluang mereka mendapat nilai pampasan selayaknya. Walaupun sangat penting untuk anda mendapat info atau maklumat sahih berkaitan kes anda, namun jalan yang terbaik adalah anda harus mendapat khidmat pakar terutamanya peguam yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang kemalangan. Berikut adalah jawapan kepada 23 soalan yang sering ditanya tentang pampasan insurans kemalangan jalanraya.

Soalan 1 : Apakah yang saya harus lakukan selepas terlibat dalam kemalangan ?

  • Ambil gambar kecederaan anda
  • Berjumpa dengan doctor
  • Jika anda telah berjumpa doctor, pastikan anda ikut segala nasihat dan rawatan yang dirancang. Jangan lupa untuk hadir temu janji “follow-up”
  • Tulis segala perkara yang anda ingat di kepala anda tentang kejadian kemalangan anda alami sementara masih segar.
  • Senaraikan senarai saksi dan info untuk berhubung mereka jika sekiranya ada.

Soalan 2 : Adakah kes saya harus dibicarakan sehingga ke mahkamah ?

Kebanyakan kes kemalangan tidak perlu ke mahkamah. Selalunya kes-kes boleh diselesaikan sebelum tarikh perbicaraan tiba. Sesuatu kes kemungkinan besar harus dibicarakan apabila individu yang bersalah (pihak yang menyebabkan kemalangan) tidak jelas atau fakta-fakta yang anda kemukakan dicabar pihak lawan. Maka di sini, hakim mahkamah yang akan menentukan siapa yang salah.

Semakin terancang pelan anda untuk memenangi kes, semakin besar pihak lawan untuk tunduk kepada bukti-bukti kukuh anda kemukakan lalu akhirnya kes dapat diselesaikan dengan nilai pampasan berpatutan. Tapi jika kes anda akhirnya harus dibawa ke mahkamah, peguam anda boleh membantu anda untuk berhadapan dengan pihak lawan berhujah di depan hakim.

Soalan 3 : Berapakah kadar nilai pampasan kecederaan saya boleh dapat ?

Tidak ada sebarang formula tepat untuk anda betul-betul mengira nilai pampasan, akan tetapi seorang peguam berpengalaman dapat membuat anggaran nilai berdasarkan banyak faktor. Faktor yang boleh mempengaruhi nilai pampasan anda termasuklah kos rawatan semasa dan di masa hadapan, kehilangan sumber pendapatan, bayaran untuk jagaan rapi di rumah, terapi fisio dan sebagainya.

Segala faktor-faktor ini memerlukan skil serta masa untuk dikumpulkan dan banyak perkara rumit harus dilakukan. Di sinilah peranan seorang peguam cukup penting kerana mereka akan membantu mendapatkan data anda dari doktor pakar, polis dan profesional yang lain. Setelah anda menyerahkan kes anda diuruskan oleh seorang peguam, barulah dokumen anda dapat dikumpul dan diproses  untuk membuat anggaran pampasan yang anda layak untuk perolehi.

Soalan 4 : Apa jadi jika saya juga ada kesalahan cuai sehingga menyebabkan kemalangan ?

Anda mungkin menyebabkan kecuaian hingga menyebabkan kemalangan. Jika ini berlaku, kes tersebut akan dinilai berdasarkan peratusan kecuaian antara anda dan pihak lawan. Ini bermakna anda masih dapat menebus pampasan yang anda layak berdasarkan peratusan yang layak anda perolehi.

Soalan 5 : Berapa lama kes tuntutan saya dapat diselesaikan untuk saya memperolehi pampasan?

Paling cepat kes anda boleh diselesaikan dalam masa beberapa minggu. Kadang-kadang peguam anda akan berunding secara langsung dengan pihak insurans lawan untuk mendapat kata sepakat nilai pampasan.

Dalam kes yang lain, ia boleh mengambil masa lebih dari setahun malah lebih lagi. Tetapi kebanyakan kes selalunya mengambil masa berbulan-bulan. Semakin rumit kes anda, semakin lama masa yang diambil untuk menyelesaikannya.

Soalan 6 : Apakah perkara yang saya harus jangka sepanjang proses peguam membuat tuntutan bagi pihak anda ?

Setelah bermulanya proses tuntutan, peguam anda akan menyediakan kertas kerja untuk menuntut hak anda dari pihak lawan. Peguam akan menunggu jawapan pihak lawan. Sementara itu, peguam anda akan membantu untuk memperkuatkan posisi menuntut hak anda dengan mengumpul segala saksi, mendapatkan laporan perubatan doktor, mengumpul bukti-bukti dari pihak polis bahkan mendapatkan bukti dari pihak lawan. Anda dan pihak lawan mempunyai masa yang cukup untuk memperkuatkan hujah jika sekiranya kes anda harus dibicarakan di depan hakim mahkamah.

Dalam masa yang sama, peguam anda boleh berunding dengan pihak insurans untuk mendapat pampasan yang anda layak. Anda akan dibawa bersama dalam proses perundingan. Jika nilai yang ditawarkan oleh pihak insurans lawan memuaskan dengan apa yang anda layak dapat, anda akan mendapat bayaran pampasan dan kes akan ditutup. Namun jika kes harus dibawa ke mahkamah, peguam anda akan mewakili anda untuk berhujah dengan peguam pihak lawan di depan hakim mahkamah.

Soalan 7 : Berapakah saya harus bayar peguam untuk menguruskan kes kemalangan saya?

Anda tidak perlu risau tentang soal bayaran. Peguam yang menguruskan kes kemalangan tidak dibayar seperti khidmat guaman lain. Mereka tidak mendapat apa-apa servis caj dari anda jika kes anda tidak menang dan pampasan tidak diterima. Sebab itu anda tidak perlu risau memikirkan berapakah wang anda perlu sediakan. Peguam hanya akan mndapatkan peratusan tertentu sebagai caj servis apabila kes anda telah menang dan insurans membayar pampasan.

Beberapa jumlah tertentu juga harus ditolak dari nilai pampasan tersebut iaitu kos bayaran yang didahulukan oleh peguam anda untuk menyelesaikan kes anda. Sebagai contoh kos bayaran untuk laporan doktor pakar yang menilai anda, kos laporan polis penyiasat serta kos berkaitan untuk mendapatkan dokumen bukti untuk memenangi kes anda. Adalah sangat penting anda mendapat penjelasan dari peguam anda tentang nilai bayaran supaya tidak ada salah faham.

WhatsApp Peguam Penasihat Kami Untuk Bertanyakan Tentang Kes Anda

Cari Peguam Sekitar

Cari Peguam Di Malaysia