Adakah Kes Kemalangan Anda Layak Mendapat Pampasan ?

Bagaimana Untuk Menuntut Pampasan Insurans Kemalangan Jalan Raya 2020

Mar 28, 2020

Cara Menuntut Pampasan Insurans Kemalangan Jalan Raya ?

Pampasan Insurans Kemalangan Jalanraya

Kemalangan Jalanraya

 

Jika anda cedera dalam kemalangan, anda wajib memfailkan tuntutan untuk menerima pampasan dari pihak yang melanggar anda. Walaubagaimanapun, jika sebelum ini anda tidak pernah memfailkan tuntutan, anda pasti berhadapan kesukaran. Jikapun sebelum ini anda pernah mempunyai pengalaman memfailkan tuntutan pampasan, anda pasti tidak mahu proses tuntutan anda sebagai eksperimen yang mana betul atau salah.

Untuk membantu anda memahami proses tuntutan, di sini kami sediakan kepada anda langkah atau cara untuk menuntut insurans pampasan kemalangan jalanraya.

Cara Untuk Menuntut Insurans Pampasan Kemalangan Jalanraya.

Langkah 1 : Dapatkan Rawatan Di Hospital

Cara menuntut pampasan insurans kemalanangan jalan raya

Perkara paling utama selepas anda terlibat dalam kemalangan adalah mendapatkan rawatan di hospital. Sesetengah mangsa kemalangan merasakan tidak perlu mendapatkan rawatan kerana tiada kecederaan serius. Walaupun begitu, terdapat beberapa kes mangsa kemalangan yang kelihatan normal akhirnya memperolehi kesan jangka masa panjang yang agak serius selepas beberapa bulan.

Lebih-lebih lagi, mengabaikan rawatan kecederaan anda akan sangat merugikan pampasan yang sepatutnya anda dapat. Hal ini kerana syarikat insuran pihak lawan akan menggunakan alasan bahawa kecederaan adalah ringan dan tidaklah serius kerana anda sendiri tidak mendapatkan rawatan oleh doktor.

Langkah 2 : Hubungi Peguam Kemalangan Yang Berpengalaman

tempoh pampasan insurans kemalangan

Jika anda terlibat dalam kemalangan yang teruk atau kecederaan anda agak serius hingga memaksa anda mendapat rawatan berterusan, anda amat memerlukan khidmat peguam kemalangan. Peguam kemalangan yang berpengalaman mempunyai kepakaran untuk meneliti setiap nilai kos rawatan anda jalani bagi memaksimumkan pampasan anda.

Banyak batas dan cabaran jika anda memilih untuk menuntut pampasan tanpa menggunakan khidmat peguam. Ini termasuklah batas masa yang terhad anda ada, pengetahuan cara memperolehi dokumen penting, hinggalah cabaran untuk berurusan dengan insurans atau berhujah di mahkamah. Tidak kira betapa kecilnya kes anda, anda pasti berhadapan kesukaran yang tidak pernah anda fikirkan tanpa peguam berpengalaman membantu anda.

Langkah 3 : Memfailkan Tuntutan

Langkah seterusnya untuk memfailkan tuntutan kemalangan adalah dengan memberitahu individu yang melanggar anda dan syarikat insuransnya bahawa anda merancang untuk mendapatkan pampasan. Ini kadang-kadang akan mempercepatkan lagi proses tuntutan anda.

 

 

Langkah 4 : Mengumpulkan Bukti dan Meneruskan Rawatan Anda

pampasan insurans kemalangan jalanraya

Seterusnya, anda harus berterusan mendapatkan rawatan anda seperti mana dirancang doctor dalam masa yang sama mengumpulkan segala bukti yang ada. Dengan kata lain, waktu ini adalah waktu genting untuk anda mendapatkan segala rekod rawatan, berkomunikasi dengan doctor untuk mengetahui kadar serius kecederaan anda, mengumpul resit kos rawatan atau mendapat anggaran kos rawatan anda dan kerosakan kereta, merekodkan kerugian pendapatan dan selainnya.

Langkah 5 : Berunding Dengan Pihak Insurans

Peguam anda akan bertindak untuk mengutarakan nilai pampasan yang anda layak kepada pihak insurans yang melanggar anda samaada sebelum atau selepas bicara mahkamah.

Berunding untuk pampasan kemalangan samalah seperti berunding dengan penjual kereta “second hand”. Setiap pihak mempunyai hujah masing-masing tentang nilai dan harga. Anda (pihak yang menuntut) bersedia dengan nilai pampasan yang anda layak, manakalah syarikat insurans ( pihak yang kena tuntut) bersedia dengan nilai maksimum yang sanggup mereka bayar. Namun, dua-dua belah pihak tidak akan mengetahui perspektif pihak lawan. Maka untuk mendapatkan satu nilai persetujuan yang disepakati dua-dua belah pihak, akan ada proses tarik tali dengan tawar menawar yang akhirnya diputuskan. Sekiranya masih tidak dapat diputuskan, kes akhirnya akan dibiccarakan di depan hakim supaya hakim sendiri yang memutuskan nilai akhir pampasan.

Langkah 6 : Nilai Pampasan Dipersetujui atau Perbicaraan Ditetapkan

cara memfailkan tuntutan insurans

Jika perundingan telah mendapat kata sepakat dan anda gembira dengan nilai yang ditawarkan pihak insurans, peguam anda akan menerima tawaran tersebut. Namun jika nilai yang ditawarkan oleh pihak Insurans tidak memuaskan hati anda, anda boleh meminta peguam anda untuk meneruskan pembicaraan di mahkamah.

Perlu diingatkan, terdapat tempoh waktu tertentu untuk anda mendapatkan tuntutan pampasan dari pihak insurans. Jika anda tidak menyelesaikannya dalam tempoh tersebut, anda kemungkinan akan terlepas peluang selamanya untuk mendapat pampasan atas kerugian anda. Kepantasan dan skil profesional cukup penting. Serahkah kepada peguam kemalangan yang berpengalaman untuk menguruskan kes rumit anda.

Langkah 7 : Perbicaraan Di Mahkamah

peguam kemalangan

Majoriti kes tuntuan pampasan kemalangan dapat diselesaikan di luar mahkamah. Walaubagaimanapun, jika tawaran yang diberikan pihak insurans tidak masuk akal dengan apa selayaknya anda dapat, maka perbicaraan di mahkamah adalah perlu. Memahami proses perbicaraan dan prosedur di dalam mahkamah akan membantu anda membuat keputusan yang sewajarnya selain meningkatkan kejayaan anda untuk memenangi kes.

FAQ

Apakah perkara paling penting saya harus lakukan dengan selepas terlibat dalam kemalangan jalanraya?
Perkara pertama yang anda harus lakukan selepas kemalangan adalah menilai  keadaan dan kecederaan diri anda atau penumpang. Jika kecederaan terlampau serius, dapatkan rawatan segera dengan menghubungi ambulans. Biarkan doktor melaksanakan tugas merawat anda, letakkan kesihatan anda sebagai prioriti utama.

 

Perkara kedua terpenting adalah, sekiranya anda tiada kecederaan atau hanya ringan , anda perlu mendapatkan nama pemandu yang melanggar anda, nombor plat kereta, dan maklumat lesen memandu. Jika boleh, ambil gambar atau rekod video keadaan kereta dan kawasan tempat kejadian. Pastikan gambar diambil jelas dan tidak kabur. Cuba pelbagaikan sudut gambar yang anda ambil supaya penyiasat boleh mendapat gambaran penuh dan tiada apa-apa bukti tertinggal. Jika mampu, laporkan kepada polis berdekatan secepat mungkin.

Perlukan saya memaklumkan syarikat insurans kenderaan saya jika kemalangan yang berlaku bukan salah saya?
Kebanyakan syarikat insurans memerlukan anda untuk memaklumkan kepada mereka jika anda terlibat dalam kemalangan tanp mengira siapa yang salah. Walaupun polisi tidak berapa jelas, tapi ada baik juga untuk memaklumkan kepada mereka agar hak anda dapat dipertahankan.
Patutkah saya menerima jumlah pampasan yang ditawarkan oleh syarikat insurans pihak lawan?
Anda tidak digalakkan menerima tawaran pampasan tanpa bantuan peguam jika kemalangan yang berlaku bukan salah anda. Kebanyakan kes, jumlah pampasan yang ditawarkan selalunya jauh lebih rendah berbanding jika anda mendapatkan khidmat peguam. Malahan, jika anda terus menerima tawaran pampasan dari pihak insurans tanpa usul periksa, anda berkemungkinan besar akan kehilangan hak untuk menuntut pampasan masa akan datang. Jika kecederaan anda kemudiannya lebih serius dari anda fikirkan, anda langsung tidak mampu menuntut pampasan tambahan untuk membayar bil rawatan anda.
Berapa peratus peluang untuk menang kes jika memang kemalangan yang berlaku bukan salah saya?
Tiada jawapan yang pasti kepada persoalan sebegini. Hal ini kerana terdapat banyak faktor yang menentukan sama ada tuntutan anda berjaya atau tidak termasuklah bukti-bukti kukuh, kenyataan saksi , penilaian polis penyiasat dan sebagainya. Cara yang paling terbaik adalah anda menyerahkan kes anda kepada peguam professional untuk menguruskan kes anda. Peguam yang berpengalaman mempunyai skil untuk menilai dan menguruskan anda serta memberikan nasihat yang terbaik agar tuntutan anda berjaya dimaksimumkan.
Berapakah yuran guaman saya harus bayar kepada peguam yang menguruskan kes saya?
Jika peguam yang menguruskan anda membuat penilaian awal bahawa anda mempunyai kes yang kukuh berpihak kepada anda, anda tidak perlu risau tentang yuran guaman. Hal ini kerana istimewanya peguam kes kemalangan, mereka MENERIMA YURAN GUAMAN HANYA APABILA KES MENANG, JIKA TIDAK MENANG MEREKA TIDAK AKAN MENGAMBIL APA-APA BAYARAN DARI ANDA! Maka anda tidak perlu risau untuk mengeluarkan wang simpanan anda. Setelah kes menang dan selesai, peguam hanya akan mengambil yuran guaman dengan peratusan tertentu dari jumlah bayaran yang dibayar oleh pihak insurans nanti.
Selain dari bil rawatan, apakah pampasan lain yang saya layak dapat dari pihak insurans?
Jumlah tuntutan yang anda layak dapat bergantung pada beberapa faktor. Antaranya tahap keseriusan kecederan anda alami, serta berapa lama tempoh yang anda ambil untuk pulih sepenuhnya. Kesemua bil rawatan dari awal sampai akhir layak dituntut dari pihak insurans. Jika disebabkan kemalangan tersebut anda diberhentikan kerja lalu hilang punca  pendapatan, anda berhak mendapat pampasan selayaknya yang mana pengiraan akan diuruskan oleh peguam yang membantu anda. Selain itu, pampasan juga dibayar untuk sesetengah kes yang terlalu serius sehingga memerlukan jagaan rapi di rumah, kesakitan dialami serta trauma dihadapi. Kelebihan sekiranya kes anda diuruskan oleh seorang peguam adalah pihak peguam  secara professional akan meneliti setiap aspek kecil dan besar untuk anda mendapat pampasan semaksimum yang boleh.
Bagaimana sekiranya pemandu yang melanggar anda tidak mempunyai insurans kenderaan?
Jangan terkejut bahawa perkara ini sebenarnya sering berlaku hakikatnya. Walaubagaimanapun, anda masih bernasib baik kerana hak anda masih dipelihara. Dalam kes sebegini di mana pihak lawan tidak mempunyai insurans, peguam anda akan menfailkan tuntutan kes anda kepada suatu badan yang dinamakan MIB. Punca kewangan MIB datang dari sumbangan syarikat insurans seMalaysia yang sentiasa menyumbang setiap tahun. Pihak MIB akan menjalankan siasatan berdasarkan bukti-bukti yang mereka temui. Pampasan akan dibayar setelah kes disiasat sepenuhnya.

Lihat seterusnya

  • Duit Insuran Kemalangan

  • Berapa lama duit insuran kemalangan

  • Tempoh mendapat cek pampasan kemalangan

  • Perbicaraan mahkamah kes kemalangan

  • Tempoh claim insuran kemalangan

  • Kadar pampasan kemalangan jalan raya

  • Tuntutan ganti rugi kemalangan

FAQ

Apakah perkara paling penting saya harus lakukan dengan selepas terlibat dalam kemalangan jalanraya?
Perkara pertama yang anda harus lakukan selepas kemalangan adalah menilai keadaan dan kecederaan diri anda atau penumpang. Jika kecederaan terlampau serius, dapatkan rawatan segera dengan menghubungi ambulans. Biarkan doktor melaksanakan tugas merawat anda, letakkan kesihatan anda sebagai prioriti utama.

 

Perkara kedua terpenting adalah, sekiranya anda tiada kecederaan atau hanya ringan , anda perlu mendapatkan nama pemandu yang melanggar anda, nombor plat kereta, dan maklumat lesen memandu. Jika boleh, ambil gambar atau rekod video keadaan kereta dan kawasan tempat kejadian. Pastikan gambar diambil jelas dan tidak kabur. Cuba pelbagaikan sudut gambar yang anda ambil supaya penyiasat boleh mendapat gambaran penuh dan tiada apa-apa bukti tertinggal. Jika mampu, laporkan kepada polis berdekatan secepat mungkin.

Perlukah saya memaklumkan syarikat insurans kenderaan saya jika kemalangan jalan raya yang berlaku bukan salah saya?
Kebanyakan syarikat insurans memerlukan anda untuk memaklumkan kepada mereka jika anda terlibat dalam kemalangan tanpa mengira siapa yang salah. Walaupun polisi tidak berapa jelas, tapi ada baik juga untuk memaklumkan kepada mereka agar hak anda dapat dipertahankan.
Patutkah saya menerima jumlah pampasan insurans kemalangan yang ditawarkan oleh syarikat insurans pihak lawan?
Anda tidak digalakkan menerima tawaran pampasan insurans kemalangan tanpa bantuan peguam jika kemalangan yang berlaku bukan salah anda. Kebanyakan kes, jumlah pampasan yang ditawarkan selalunya jauh lebih rendah berbanding jika anda mendapatkan khidmat peguam. Malahan, jika anda terus menerima tawaran pampasan dari pihak insurans tanpa usul periksa, anda berkemungkinan besar akan kehilangan hak untuk menuntut pampasan masa akan datang. Jika kecederaan anda kemudiannya lebih serius dari anda fikirkan, anda langsung tidak mampu menuntut pampasan tambahan untuk membayar bil rawatan anda.
Berapa peratus peluang untuk menang kes jika memang kemalangan jalan raya yang berlaku bukan salah saya?
Tiada jawapan yang pasti kepada persoalan sebegini. Hal ini kerana terdapat banyak faktor yang menentukan sama ada tuntutan anda berjaya atau tidak termasuklah bukti-bukti kukuh, kenyataan saksi , penilaian polis penyiasat dan sebagainya. Cara yang paling terbaik adalah anda menyerahkan kes anda kepada peguam professional untuk menguruskan kes anda. Peguam yang berpengalaman mempunyai skil untuk menilai dan menguruskan anda serta memberikan nasihat yang terbaik agar tuntutan anda berjaya dimaksimumkan.
Berapakah yuran guaman saya harus bayar kepada peguam yang menguruskan kes saya?
Jika peguam yang menguruskan anda membuat penilaian awal bahawa anda mempunyai kes yang kukuh berpihak kepada anda, anda tidak perlu risau tentang yuran guaman. Hal ini kerana istimewanya peguam kes kemalangan jalan raya, mereka MENERIMA YURAN GUAMAN HANYA APABILA KES MENANG, JIKA TIDAK MENANG MEREKA TIDAK AKAN MENGAMBIL APA-APA BAYARAN DARI ANDA! Maka anda tidak perlu risau untuk mengeluarkan wang simpanan anda. Setelah kes menang dan selesai, peguam hanya akan mengambil yuran guaman dengan peratusan tertentu dari jumlah bayaran yang dibayar oleh pihak insurans nanti.
Selain dari bil rawatan, apakah pampasan lain yang saya layak dapat dari pihak insurans?
Jumlah tuntutan yang anda layak dapat bergantung pada beberapa faktor. Antaranya tahap keseriusan kecederan anda alami, serta berapa lama tempoh yang anda ambil untuk pulih sepenuhnya. Kesemua bil rawatan dari awal sampai akhir layak dituntut dari pihak insurans. Jika disebabkan kemalangan tersebut anda diberhentikan kerja lalu hilang punca pendapatan, anda berhak mendapat pampasan selayaknya yang mana pengiraan akan diuruskan oleh peguam yang membantu anda. Selain itu, pampasan juga dibayar untuk sesetengah kes yang terlalu serius sehingga memerlukan jagaan rapi di rumah, kesakitan dialami serta trauma dihadapi. Kelebihan sekiranya kes anda diuruskan oleh seorang peguam adalah pihak peguam secara professional akan meneliti setiap aspek kecil dan besar untuk anda mendapat pampasan semaksimum yang boleh.
Bagaimana sekiranya pemandu yang melanggar anda tidak mempunyai insurans kenderaan?
Jangan terkejut bahawa perkara ini sebenarnya sering berlaku hakikatnya. Walaubagaimanapun, anda masih bernasib baik kerana hak anda masih dipelihara. Dalam kes sebegini di mana pihak lawan tidak mempunyai insurans, peguam anda akan menfailkan tuntutan kes anda kepada suatu badan yang dinamakan MIB. Punca kewangan MIB datang dari sumbangan syarikat insurans seMalaysia yang sentiasa menyumbang setiap tahun. Pihak MIB akan menjalankan siasatan berdasarkan bukti-bukti yang mereka temui. Pampasan akan dibayar setelah kes disiasat sepenuhnya.
WhatsApp Peguam Penasihat Kami Untuk Bertanyakan Tentang Kes Anda
Cari Peguam Sekitar
Cari Peguam Di Malaysia